Sunday, 5 May 2019

Jangan Makan Mee Segera Ber MSG

Jangan Makan Mee Segera Ber MSG

*Sila beri perhatian.!* Institut Jantung Negara (IJN) telah mengesyorkan agar rakyat Malaysia tidak terlalu memakan *mi segera* kerana ianya adalah *penyebab penyakit jantung* terutamanya oleh *serbuk perasanya*( seasoning powder) Jika anda tidak boleh berbuat demikian, kurangkan separuh dari pengunaan serbuk perasa tersebut dan jangan hirup kuah sup selepas anda mengabiskan mi nya.

*JANGAN MENGABAIKAN PERINGATAN INI* ... Terutamanya bagi mereka yang suka memakan Mi Maggi ...

*Nota dari Pakar Pemakanan: Dietician.*

Seandainya anda membeli mi hakka yg kosong, biasanya apa yang anda perlu buat ialah anda mendidihkan air dan merebus mi tersebut dan kemudian membuang air. Proses Ini akan melembutkan mi tetapi untuk menghalangnya daripada melekat kita perlu menambah sesufu teh minyak kedalam air dan juga mi tersebut perlu di goreng deep fried setengah masak untuk memjadikan mi tersebut garing dan kemudian dilumur dengan tepung untuk mengelakkanmi tersebut daripada melekat semasa di rebus. Oleh itu, apabila anda membeli mi segera, ia telah melalui proses hingga tidak lagi makanan yg sihat dan ini jugalah jenis yang kami gunakan untuk membuat mi goreng dan Maggie juga dibuat dengan cara yang sama, malah ia ditambah dengan MSG / Ajinomoto dan bahan kimia lain.

Sejumlah besar pesakit yang berumur antara 18-24 tahun berakhir dengan pankreatitis sama ada sebagai bengkak atau jangkitan pankreas akibat dari penggunaan mi segera secara kerap ...

Jika kekerapan lebih daripada 3 kali seminggu, maka ia sangat berbahaya ...

APA ITU MSG .

*MSG ialah Mono Sodium Glutamate* sejenis bahan perasa yg mampu merangsang sistem saraf rasa dan otak yg menyebabkan ketagihan secara semulajadi..

AjiNoMoto.. Vedan.. & lain2 adalah jenama termasuk Sedap Rasa, Cukup Rasa, Kicap, Sos, Kiub Pati dan seumpamanya. bahan yg sama iaitu MSG Racun Perasa yg ada dalam setiap makanan segera.. sejuk beku atau di mana2 gerai makanan terutamanya *kedai kedai Masakan Thai - TomYam.. 210%* menggunakan MSG..

Sebab tu bila kita makan makanan segera sampai satu tahap kita akan merasa muak.. tapi selepas bebrapa hari kita terasa nak makan atau masih boleh lagi makan dengan selera seolah-olah rasa muak tu tiada.. kita mudah terangsang dan seolah2 kita tak perasan ketagihan yg alami.. begitu juga dgn masakan Thai.. kita boleh makan TomYam.. Sup ekor.. pakprit dan sebagainya dgn selera sekali..

Walaubagaimana pun jangan risau.. ianya tidak membunuh kita secara mendadak.. insyaaALLAH ianya membunuh anda perlahan lahan.. jadi tiada masalah utk anda terus menikmatinya. Dan nikmatilah mati perlahan lahan tapi segera.

Jenis racun @ bahan kimia yg mampu membunuh kita perlahan2 yg ada dalam setiap makanan yg kita makan setiap hari..

*1- Perasa*
*2- Pewarna*
*3- Penaik*
*4- Penstabil*
*5- Pemanis*
*6- Pengawet*

Sila berkongsi maklumat ini dan membantu menyelamatkan nyawa.

*JAUHI DARI MI SEGERA dan Makanan Di Tempat Yang Menggunakan Perisa Makanan!*
# JAUHIMAGGIE


Thursday, 7 March 2019

Adik Saeed Sembuh Eczema Selepas Pantang Pemakanan Ada MSG


Adik Saeed Sembuh Eczema Selepas Pantang Pemakanan Ada MSG

Kisahnya...

Alhamdulillah eczema Saeed dah sembuh selepas lebih setahun menderita. Mula naik eczema masa umur 2 bulan.

Kami jumpa ramai doktor pakar kulit. Macam-macam ubat dah cuba. Sanggup habis banyak duit untuk Saeed.

Gambar ke2 dan ke3 tu masa eczema paling teruk. Berlaku selepas kami ambil keputusan untuk hentikan ubat steroid secara beransur-ansur.

Ubat steroid yang kami dapat dari doktor pakar, mula-mula berkesan untuk buatkan kulit Saeed halus mulus, tapi lama-lama makin kurang effect. Kena tambah kekuatan steroid tu baru berkesan balik. Ubat steroid memang ada banyak level.

Isteri saya Widyana Ali ada terbaca kisah pengidap eczema dewasa yang dah guna ubat steroid dalam tempoh masa yang lama, hingga steroid paling tinggi. Kemudian doktor cakap eczemanya dah tak boleh sembuh. Tapi dia tak putus asa, dia berhenti steroid dan guna kaedah pemakanan. Alhamdulillah sembuh.

Bila baca kisah orang sembuh eczema dengan jaga pemakanan, widyana bertekad untuk guna kaedah yang sama. Banyak artikel-artikel pemakanan yang dia baca, sangat banyak.

Walaupun dia jumpa banyak "mazhab" pemakanan tapi dia fokus dengan satu mazhab. Bacalah sendiri ye di fb dia pasal cara pemakanan yang diamalkan. Widyana banyak share, hampir setiap hari.

Saya tak pandai nak explain detail pasal mazhab pemakanan dia. Tapi yang utama dia dan Saeed jauhi makanan dan minuman bergula, dan banyakkan makan ubi keledek dan pisang.

Ubi keledek kalau nak yang sedap kena beli kat kiosk ubi keledek bakar di AEON. Manis dan juicy. Honey sweet potato, kena cari yang ada perkataan honey, bukan "sweet potato" je.

Pasal pisang pula, walaupun ramai bagitau tak elok untuk penghidap eczema sebab histamin tinggi dan boleh menyebabkan eczema makin teruk, tapi dia kata pisang bagus untuk kuatkan struktur kulit saeed, ni saya tak faham. Memang saya nampak setiap kali bagi pisang, Saeed akan menggaru. Tapi alhamdulillah makin lama makin ok.

Walaupun sangat mencabar untuk sentiasa jaga pemakanan, tapi dia istiqamah. Berat turun dari 63kg ke 52kg. Hehe.. tiba-tiba dapat capai impian yang dah lama terkubur iaitu nak turun berat jadi macam berat dia masa mula-mula kawin dulu, 52kg. Alhamdulillah berjaya, saya suka ðŸ¤©.

Sampai sekarang Saeed masih full breastfeed. Jadi apa yang maknya makan, Saeed terima masuk dalam perut.

Banyak hikmah yang kami dapat dari ujian eczema Saeed. Dapat banyak ilmu dan network. Dulu masa mengandung Saeed, tak begitu jaga pemakanan. Selalu makan ikan keli sangkar, sup yang banyak msg dan chocolate bar. Alasan mengidam. Sekarang dah insaf.

Alhamdulillah 'alaa kulli haal. Terima kasih Dyana sebab sanggup bersusah payah untuk kebaikan kita sekeluarga.

Saturday, 9 February 2019

MSG dan Sakit Lutut


Ada dua kes yang dapat dikesan. Katanya selalu sakit lutut. Bila ditanya adakah selepas makan makanan yang ada ajinomoto sakit lutut?

Jawapannya ya untuk dua individu ini.

Ada satu makcik ini kebelakangan ini selalu sakit lutut hampir sukar untuk berjalan. Tarikh semakin hampir untuk menunaikan umrah ziarah bersama suami dan anak-anak.

Apabila dikesan sejak dua hari ini makan sarapan dua hari berturut-turut iaitu roti canai dan kuahnya yang mana kuah roti canai ada MSG. Hari berikutnya makan lontong dan semestinya juga ber MSG.
Sehingga lutut semakin lemah untuk berjalan. Jadilah testimoni ketiga kaitan MSG dengan sakit lutut.

Namun kebanyakan kita tidak akan percaya dan buat-buat tak nampak jika dikaitkan pemakanan berperisa MSG ini menyebabkan pesakit-pesakit lutut semakin parah.

Tinggalkan komen anda berkaitan pengalaman-pengalaman berharga anda di ruangan bawah ini.