Saturday, 9 February 2019
MSG dan Sakit Lutut
Ada dua kes yang dapat dikesan. Katanya selalu sakit lutut. Bila ditanya adakah selepas makan makanan yang ada ajinomoto sakit lutut?
Jawapannya ya untuk dua individu ini.
Ada satu makcik ini kebelakangan ini selalu sakit lutut hampir sukar untuk berjalan. Tarikh semakin hampir untuk menunaikan umrah ziarah bersama suami dan anak-anak.
Apabila dikesan sejak dua hari ini makan sarapan dua hari berturut-turut iaitu roti canai dan kuahnya yang mana kuah roti canai ada MSG. Hari berikutnya makan lontong dan semestinya juga ber MSG.
Sehingga lutut semakin lemah untuk berjalan. Jadilah testimoni ketiga kaitan MSG dengan sakit lutut.
Namun kebanyakan kita tidak akan percaya dan buat-buat tak nampak jika dikaitkan pemakanan berperisa MSG ini menyebabkan pesakit-pesakit lutut semakin parah.
Tinggalkan komen anda berkaitan pengalaman-pengalaman berharga anda di ruangan bawah ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)