Friday, 28 September 2018

Bangun Tidur Hidung Tersumbat

Bangun tidur hidung tersumbat.



Bangun tidur hidung tersumbat. 
Bersin berterusan alang kepalang.  
Gatalnya hidung macam nak picit hidung sehingga tanggal.

Siapa biasa dapat gejala ni? Kalau saya, ini akan berlaku apabila dua perkara. Malam tadi atau semalamnya makan samada:

1. Udang yang di masak tanpa dibuang kepala. Maksudnya masak sekali dengan kepala-kepala udang.
2. Kiub pati perisa makanan.

Selama ini kita semua menyalahkan dengan menyatakan disebabkan ada penyakit resdong. Maka alamilah hidung gatal-gatal, tersumbat, susah bernafas, pening-pening. 

Perhatikan.

Buat ujikaji terhadap diri. Pertamanya, sila pantang daripada makan makanan yang ada MSG. Seterusnya, makan masakan seperti di atas. Kalau kesan keesokannya terdapat gejala seperti di atas. Maka sah lah, kita sebenarnya dapat gejala resdong ni bukan sebab air cond, cuaca sejuk, habuk dan penyakit alahan tanpa tahu asal puncanya itu hanyalah kesan sementara.

Namun, kesan gejala ini sebebarnya berpunca dari MSG. Sebab apa gejala ni dikatakan gejala berterusan? 

Sebabnya hari-hari kita makan dan makanan kita dimasukkan MSG. Kadang makan, kadang tidak makan dengan MSG, sedar tak sedar ia adalah berpunca daripada perkara ini.

Sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dan admin akan update di dalam blog ini sebagai sumbangan anda kepada usaha ini.


No comments:

Post a Comment