Saturday, 22 September 2018

Kawan si tukang masak yang sentiasa mengantuk apabila memandu kenderaan

Gambar sekadar hiasan

Kawan si tukang masak yang sentiasa mengantuk apabila memandu kenderaan

Memang habit kawan saya ni menjadi trade mark dia memang kaki mengantuk semasa memandu.

Perjalanan dari Muar ke Kuala Lumpur sehinggakan menjadi 6 jam lamanya dek kerana selalu mengantuk dan berhenti untuk melelapkan mata sebentar.

Patutlah ajinomoto digelar silent killer. 
Memandu sampai terlelap sesaat. Siapa nak dipersalahkan?

Haji, hari ini pergi KL siapa drive?
Kawan yang lain. Kalau saya bawak tak sampai². Mengantuk sahaja.

Umum tahu kawan saya ni si tukang masak raja ajinomoto magic powder digelarnya. Masak apa sahaja berjaya mengurangkan penggunaan garam dan gula dalam masakan galang gantinya si ajinomoto.

Dalam masakan harian, semasa program bersama, tukang masak rewang, memang terkenal. Kalau makan masakan si tukang masak pasti tengkuk dapat merasai ketegangannya dan rasa mengantuk luar biasa pasti menyinggah.

Sudah bagun dari tidur pun masih mengantuk. Agaknya tak cukup tidur atau terlebih kerja?!
Jawapannya sudah pasti penangan ajinomoto.

Si tukang masak memandu sambil terkebil-kebil menahan ngantuk alang keparat. Tidak tahu punca dituduhnya faktor umur lah...

Saya cuba kaitkan tabiat mengantuk semasa memandu dengan pengambilan ajinomoto daripada pengguna tegar si tukang masak. Ibarat penyanyi hilang penyanyi latar yg membantu sebagai backup singger hilang entah ke mana. Begitulah memasak tanpa pak ajinomoto pasti kelam kabut naik motor mencari di kedai pak aji. 

Sudah menjadi seakan wajib dalam senarai pasti ajonomoto menjadi senarai utama dalam masakan.

Bukan tak pandai memasak, cuma sudah dilatih dari dahulu memasak pasti dengan aji.

Wahai kawan. Mengantuk mu semasa memandu bukan kerana faktor umur. Tetapi kesan ajinomoto itu lebih pasti.

Sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dan admin akan update di dalam blog ini sebagai sumbangan anda kepada usaha ini.

No comments:

Post a Comment