Friday, 28 September 2018

Bangun Tidur Hidung Tersumbat

Bangun tidur hidung tersumbat.



Bangun tidur hidung tersumbat. 
Bersin berterusan alang kepalang.  
Gatalnya hidung macam nak picit hidung sehingga tanggal.

Siapa biasa dapat gejala ni? Kalau saya, ini akan berlaku apabila dua perkara. Malam tadi atau semalamnya makan samada:

1. Udang yang di masak tanpa dibuang kepala. Maksudnya masak sekali dengan kepala-kepala udang.
2. Kiub pati perisa makanan.

Selama ini kita semua menyalahkan dengan menyatakan disebabkan ada penyakit resdong. Maka alamilah hidung gatal-gatal, tersumbat, susah bernafas, pening-pening. 

Perhatikan.

Buat ujikaji terhadap diri. Pertamanya, sila pantang daripada makan makanan yang ada MSG. Seterusnya, makan masakan seperti di atas. Kalau kesan keesokannya terdapat gejala seperti di atas. Maka sah lah, kita sebenarnya dapat gejala resdong ni bukan sebab air cond, cuaca sejuk, habuk dan penyakit alahan tanpa tahu asal puncanya itu hanyalah kesan sementara.

Namun, kesan gejala ini sebebarnya berpunca dari MSG. Sebab apa gejala ni dikatakan gejala berterusan? 

Sebabnya hari-hari kita makan dan makanan kita dimasukkan MSG. Kadang makan, kadang tidak makan dengan MSG, sedar tak sedar ia adalah berpunca daripada perkara ini.

Sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dan admin akan update di dalam blog ini sebagai sumbangan anda kepada usaha ini.


Saturday, 22 September 2018

Kawan si tukang masak yang sentiasa mengantuk apabila memandu kenderaan

Gambar sekadar hiasan

Kawan si tukang masak yang sentiasa mengantuk apabila memandu kenderaan

Memang habit kawan saya ni menjadi trade mark dia memang kaki mengantuk semasa memandu.

Perjalanan dari Muar ke Kuala Lumpur sehinggakan menjadi 6 jam lamanya dek kerana selalu mengantuk dan berhenti untuk melelapkan mata sebentar.

Patutlah ajinomoto digelar silent killer. 
Memandu sampai terlelap sesaat. Siapa nak dipersalahkan?

Haji, hari ini pergi KL siapa drive?
Kawan yang lain. Kalau saya bawak tak sampai². Mengantuk sahaja.

Umum tahu kawan saya ni si tukang masak raja ajinomoto magic powder digelarnya. Masak apa sahaja berjaya mengurangkan penggunaan garam dan gula dalam masakan galang gantinya si ajinomoto.

Dalam masakan harian, semasa program bersama, tukang masak rewang, memang terkenal. Kalau makan masakan si tukang masak pasti tengkuk dapat merasai ketegangannya dan rasa mengantuk luar biasa pasti menyinggah.

Sudah bagun dari tidur pun masih mengantuk. Agaknya tak cukup tidur atau terlebih kerja?!
Jawapannya sudah pasti penangan ajinomoto.

Si tukang masak memandu sambil terkebil-kebil menahan ngantuk alang keparat. Tidak tahu punca dituduhnya faktor umur lah...

Saya cuba kaitkan tabiat mengantuk semasa memandu dengan pengambilan ajinomoto daripada pengguna tegar si tukang masak. Ibarat penyanyi hilang penyanyi latar yg membantu sebagai backup singger hilang entah ke mana. Begitulah memasak tanpa pak ajinomoto pasti kelam kabut naik motor mencari di kedai pak aji. 

Sudah menjadi seakan wajib dalam senarai pasti ajonomoto menjadi senarai utama dalam masakan.

Bukan tak pandai memasak, cuma sudah dilatih dari dahulu memasak pasti dengan aji.

Wahai kawan. Mengantuk mu semasa memandu bukan kerana faktor umur. Tetapi kesan ajinomoto itu lebih pasti.

Sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dan admin akan update di dalam blog ini sebagai sumbangan anda kepada usaha ini.

Monday, 17 September 2018

Silent Sodium Killer: Instant Sodium Overdose

Cover: Silent Sodium Killer
Instant Sodium Overdose

Utusan konsumer July-August 2016
Just 1 serving exceeds the WHO's daily sodium limit.
Instant noodles have very high sodium content. Some have sodium levels, in a single serving, that are close to or even exceeding the daily sodium limit of the World Health Organisation (WHO).

Plain instant noodles.

Famous instant noodles.

136 Additives allowed.





Sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dan admin akan update di dalam blog ini sebagai sumbangan anda kepada usaha ini.

Saturday, 15 September 2018

Kesan Mengantuk Semasa Belajar Hilang Selepas Meninggalkan MSG

Gambar sekadar hiasan: sumber

Dalam artikel nasihat kepada anak jiran yang akan menduduki UPSR.
Anak yang nampak cerdik, tiada masalah komunikasi, namun hanya pelajaran sahaja sederhana. Alasannya ialah mengantuk di dalam kelas.

Selepas dinasihatkan supaya berpesan kepada ibu dan ayah supaya tidak menambah apa-apa perisa di dalam makanan disamping menjaga makan supaya tidak makan di luar (makan kedai) dan tidak membeli makanan segera seperti burger, sosej, nugget dan seumpamanya.

Wal hasilnya, setelah lebih seminggu, gejala mengantuk di dalam kelas tidak lagu menghantuinya.

Apa yang boleh dikatakan ialah ianya satu lagi testimoni kesan pemakanan di dalam MSG terhadap fokus belajar anak-anak.

Akhir sekali, bak kata General Rama, "Bertindak Segera!!"

Sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dan admin akan update di dalam blog ini sebagai sumbangan anda kepada usaha ini.

Saturday, 8 September 2018

Kesan neurologi berbahaya kepada tikus apabila disuntik ajinomoto

Pada tahun 1969, kajian terhadap tikus yang baru lahir dengan menyuntik dos MSG yang tinggi menyebabkan kesan neurologi berbahaya.

Lihat lampiran

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/5778021

Sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dan admin akan update di dalam blog ini sebagai sumbangan anda kepada usaha ini.

Artikel daripada aku anak pahang

Artikel aku anak pahang
Bahaya dan keburukan ajinomotor


Hari ini rata-rata surirumah atau mereka yang menyediakan atau yang mengendalikan makanan pasti akan menggunakan bahan perasa ajinomoto... kalau tak letak kata mereka tak sedap... rasa tawar dan sebagainya. Bahkan ada yang bergantung sepenuhnya masakan mereka pada bahan ini.. kalau tak ada aji alamat makanan mereka tidak akan menjadi sedap dan lazat.

Demikianlah pendahuluan kepentingan ajinomoto atau Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam memujuk hati segenap surirumah supaya melazatkan lagi makanan mereka. Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’ setia di dapur.

Tetapi adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri?

Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yang diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.

Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina.

Selain itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.

Inisiatif terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan mengelakkan penggunaan MSG, dan menggantikannya dengan bahan perasa asli. Surirumah dan peniaga tidak perlu bimbang tentang kualiti rasa makanan, kerana kebanyakkan masakan tempatan sudah sememangnya kaya dengan ‘rasa tersendiri’ dari penggunaan pelbagai jenis herba dan rempah-ratus - Sumber :  nidajiwakosong.blogspot.com
Wassalam, Wa'allahhualam.


Sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dan admin akan update di dalam blog ini sebagai sumbangan anda kepada usaha ini.

Artikel daripada suara insan berkenaan ajinomoto

Artikel daripada Suara Insan:
Wajib tahu bahaya dan kesan buruk makan ajinomoto

Selalu kita dengar ibu atau isteri mengarahkan kita supaya menambah sedikit ajinomoto untuk kasi lazat lagi itu masakan. Itupun kalau para bapa yang disuruh oleh isteri untuk masak. Jikalau isteri yang masak, pernahkah kita cakap “kasi tambah sikit tu ajinomoto supaya sedap sayang!”

Demikianlah pendahuluan kepentingan ajinomoto atau Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam memujuk hati segenap surirumah supaya melazatkan lagi makanan mereka. Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’ setia di dapur.
Tetapi adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri?
Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yang diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.
Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina.
Selain itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.
Inisiatif terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan mengelakkan penggunaan MSG, dan menggantikannya dengan bahan perasa asli. Surirumah dan peniaga tidak perlu bimbang tentang kualiti rasa makanan, kerana kebanyakkan masakan tempatan sudah sememangnya kaya dengan ‘rasa tersendiri’ dari penggunaan pelbagai jenis herba dan rempah-ratus


Bagi saya memang saya jarang @ sekarang ni tak pernah la campur ajinamoto dalam masakan saya berbanding mak saya.. dia suka menambah ajinamoto dalam masakan. Rasa masakan tanpa ajinamoto ni bagi saya sama jer sedap kalau masakan tu di masak dengan sedap. Buat apa nak amik risiko kepada kesihatan sedangkan kesedapan dia tak jauh beza pun kalau tak campurkan dalam masakan. Memang tak paham kalau ada orang berpendapat masakan jadi tak sedap tanpa ajinamoto sebab bagi saya fungsi perasa tu terlampau sikit sangat kot

Sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dan admin akan update di dalam blog ini sebagai sumbangan anda kepada usaha ini.

Apa kesan ajinomoto terhadap tanaman tomato

Posting kredit Bidayuh Awesome

Hasil baja ajinomoto. Ni kali ke 2 berbuah. Sebelum ni segan2 malu2 buahnya. Sekali kena ajinomoto, memang lebat sungguh bunga mangga, buah cili dan bunga hiasan.
Sukatan :
1) 5 sudu makan 1 liter air bagi pokok setahun ke atas.
2) Bagi pokok-pokok kecil seperti pokok kari, pokok bunga dan yang kurang berumur kurang setahun 1 sudu makan 5 liter air.
Guna air tanpa klorin seperti air tadahan aircond, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama.
Waktu siraman :
waktu redup petang jam 6 ptg ke atas.
Kekerapan :
2 minggu sekali. Siram di pangkal pokok atau sembur pada dedaunan pokok.
Hasil google. Khasiat ajinonomoto pada pokok:
1. Menyuburkan tanaman
Manfaat pertama dari MSG ajinomoto untuk tanaman yaitu dapat menambah kesuburan pada tanaman. Kandungan unsur atrium yang tinggi yang tekandung didalam MSG ajinomoto ini dapat mempengaruhi tingkat kesuburan tanaman tersebut. Dengan menyiram tanaman menggunakan larutan MSG dengan air secara teratur, maka tingkat kesuburan tanaman akan menjadi lebih baik lagi, yang ditandai dengan : Daun yang lebih hijau, Daun tanaman yang lebat, dan Tanaman menjadi lebih sehat
2. Mempercepat pertumbuhan tanaman
Manfaat lain dari kandungan natrium yang terkandung pada ajinomoto MSG ini adalah untuk mempercepat proses pertumbnuhan tanaman. Manfaat ajinomoto untuk tanaman yaitu membuat proses pertumbuhan tanaman menjadi lebih cepat, daun menjadi lebih cepat menghijau, dan batang tanaman yang menjadi lebih cepat besar dan berkembang.
3. Mempercepat munculnya bunga
Selain dapat mempercepat pertumbuhan dari tanaman, MSG ajinomoto juga dapat mempercepat proses partumbuhan bunga pada tanaman tersebut. Proses ini diyakini tidak berdampak buruk, karena bunga yang muncul, namun warna dan bentuk dari bunga yang muncul tidak berubah.
4. Memenuhi kebutuhan nutrisi pada tanaman
Tidak hanya kita manusia dan hewan, tanaman juga ternyata membutuhkan nutrisi yang lengkap untuk dapat bertahan hidup. Biasanya nutrisi untuk tanaman diperoleh dari pupuk-pupuk yang sering kita gunakan. Namun demikian ada kalanya harga pupuk yang sedikit kurang bersahabat, sehingga membuat proses pemeberian makanan atau pemupukan menjadi sedikit terkendala. Sehingga untuk mengatasi hal ini maka anda bisa menggantikan pupuk kimia tersebut dengan menyiramkan tanaman tersebut dengan larutan MSG. Siramkanlah larutan air MSG ajinomoto ini ke tanaman kesayangan anda agar mereka bisa tumbuh subur dan asupan nutrisinya terpenuhi dengan baik.
5. Tanaman menjadi lebih sehat dan tidak mudah mati
Ada juga yang guna campuran minuman redbull seperti terungkap di group A Small House With A Large Garden kelolaan Pn Sara Saad
#like n share....

Sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dan admin akan update di dalam blog ini sebagai sumbangan anda kepada usaha ini.

Bidayuh Awesome Menulis Berkenaan Ajinomoto

Bidayuh Awesome Menulis Berkenaan Ajinomoto

Lihat posting di sini:

Viral Media Johor

Bila sudah melawat kilang nya baru lah tahu antara fakta dan mitos..
bukannya dengar cakap-cakap orang yang tidak tahu perkara sebenar..
**gula dan garam pun kalau digunakan tidak mengikut sukatannya atau berlebihan dalam penggunaannya,akan memudaratkan kesihatan juga..
Baca artikel di bawah ni..
******

Salah seorang pegawai Ajinomoto menerangkan mengenai produk yang turut dihasilkan syarikat tersebut.

RAMAI antara kita, takut untuk menggunakan produk penambah perasa Monosodium Glutamat (MSG) seperti Perencah Umami Ajinomoto dalam masakan kerana sering dimomokkan kesan negatifnya kepada kesihatan.

Sehinggakan ada yang mengharamkan produk itu berada di dapur rumah mereka.

Antara yang selalu kita dengar akibat kesan produk ini seperti kepala cepat botak, kepala pening, cepat berasa haus dan paling digeruni penyebab kanser.

Bagaimanapun, sekiranya produk ini banyak memberi kesan negatif kepada kesihatan, mustahil syarikat dan jenama Ajinomoto yang terkenal dengan MSG ini kukuh dan terus berkembang sehingga kini.

Tidak ada pula sesiapa yang pernah mengalami kesan dinyatakan tampil membuat sebarang tindakan atau mengeluarkan kenyataan berkaitan kesan negatif pengambilan MSG tersebut.

Sebenarnya segala tohmahan dan kata-kata dimomokkan selama ini adalah tidak benar sama sekali dan ia hanya mitos semata-mata.

Berkesempatan mengikuti lawatan ke Infoseum Ajinomoto yang terletak di kilang terbesarnya di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur baru-baru ini, pada program Ajinomoto Media Gathering 2017-Exploring The Wonders of Umami, pelbagai perkongsian diberikan mengenai produk jenama tersebut.

Paling menarik apabila ke sudut Info mengenai mitos sering dikaitkan dengan MSG. Persoalan MSG, terutama punca dahaga tiada bukti saintifik bahawa kehausan berkaitan fungsi sodium dalam pengawalan keseimbangan bendalir badan.

Kehausan akan berlaku apabila mengambil sodium berlebihan. Walaupun MSG mengandungi sodium tetapi kandungannya hanya 12 peratus berbanding sodium dalam garam biasa iaitu 40 peratus.

Makanya, lebih baik mengambil MSG seperti Ajinomoto dalam masakan berbanding garam kerana kandungan sodium tinggi punca anda cepat berasa haus.

Malah tiada juga bukti saintifik mengatakan MSG menyebabkan keguguran rambut dan migrain.

Selain itu, ada mitos yang selalu didengari, MSG terhasil daripada bahan kimia. Namun realitinya, MSG dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi seperti ubi kayu atau tebu melalui proses penapaian, proses sama untuk menghasilkan tapai, kicap soya, cuka dan dadih.

Bantu masalah kesihatan

Berpeluang menelusuri sejarah Umami Ajinomoto, ia bermula sejak 1909, di mana ketika itu, seorang ahli sains Jepun, Profesor Kikunae Ikeda mengenal pasti glutamat sebagai punca rasa enak yang dibuat daripada rumpai laut pada 1908.

Beliau menamakan rasa itu sebagai umami. Seterusnya, Ikeda mempelajari cara mengasingkan glutamat untuk menghasilkan penambah perisa, MSG.

Ajinomoto dipasarkan di Jepun pada 1909 dan kini lebih 100 tahun di seluruh dunia. Ia memasuki pasaran Malaysia pada 1965, Ajinomoto (Malaysia) Berhad dan mempunyai lapan cawangan di negara ini.

Pasti anda tertanya apa itu glutamat dan umami? Glutamat merupakan sejenis asid amino yang boleh ditemui di dalam kebanyakan makanan semula jadi termasuk susu ibu. Glutamat adalah komponen utama MSG, di mana ia mempunyai satu fungsi unik berupaya memberi rasa umami dalam makanan.

Sementara umami pula dikenali secara saintifik sebagai rasa asas kelima selain rasa manis, masam, masin dan pahit. Umami rasanya seperti daging dan ia datang daripada makanan yang kaya glutamat.

Kebaikan Perencah Umami Ajinomoto pula, bantu melazatkan makanan, tingkatkan selera makan dan galakkan pengambilan nutrien bagi kanak-kanak dan warga emas serta kurangkan risiko tekanan darah tinggi termasuk masalah kesihatan lain dengan mengurangkan 30 peratus pengambilan sodium.

Keselamatan terbukti

Mengenai keselamatan produk pula, berdasarkan penilaian Pertubuhan Biologi Ujikaji Amerika Syarikat, MSG diklasifikasikan bawah kategori Secara Umumnya Diiktiraf Selamat (GRAS).

Ia diakui Pakar Nutrisi yang juga Presiden Persatuan Nutrisi Malaysia, Dr Tee E Siong yang turut berkongsi kelebihan umami dan MSG dalam   ceramahnya, Malaysia Diet.

E Siong berkata, dengan hanya sedikit MSG atau penambah perasa umami, pengambilan garam boleh dikurangkan sehingga 30 peratus, pada masa sama keenakan makanan terus dikekalkan.

Fakta keselamatan Umami Ajinomoto itu juga disokong Chef terkenal, yang juga Pengarah Akademi Latihan Kulinari, Chef Bernard Lee, ketika melakukan demonstrasi masakan pada program tersebut.

Bernard berkata, sebaiknya diletakkan terlebih dahulu MSG dalam masakan, sebelum meletakkan garam. Beliau akui banyak kelebihan dan manfaat MSG daripada umami yang sebelum ini kurang diketahui.

Kredit : Bidayuh Awesome


Sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dan admin akan update di dalam blog ini sebagai sumbangan anda kepada usaha ini.



Thursday, 6 September 2018

Ajinomoto



Blog ajinomotor ditulis atas pengalaman real life kehidupan masyarakat di Malaysia berkenaan pemakanan dan penggunaan MSG (Monosodium Glumate).
Umum mengetahui msg kerap kali menjadi kegemaran pengguna di Malaysia untuk menjadi perisa tambahan di dalam makanan yang di masak.
Himpunan cerita-cerita pendek bagi menggambarkan bagaimana kesan penggunaan MSG kepada kehidupan seharian.
Untuk dapatkan updates terkini sila subscribe blog ini ataupun join group wasap dan telegram pada link ini.


...

Sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dan admin akan update di dalam blog ini sebagai sumbangan anda kepada usaha ini.

Hantu meggi

Hantu meggi

Mengajar anak kampung mengaji.
Keesokan harinya, ayahnya datang tanya, "Berapa bayaran anak belajar mengaji?"
Free je pakcik. Saya ajar ikhlas.

Itulah, anak saya tu malas belajar.
Tahun ni nak PT3 dah.
Mengaji pun jarang.
Mujur ada orang nak bimbing mengajar mengaji di kampung ni.

Pak cik, anak-anak ni diorang sebenarnya tak malas, cuma ada perkara yang menghalang mereka untuk fokus dalam belajar.

Apa tu? Tanya Pak Cik tu.

Ajinomoto a.k.a MSG (Monosodium Glutamate) adalah perisa makanan banyak digunakan dalam meggi, kfc, mcd, jajan, kiub pati, perencah, kicap, sos dan banyak lagi.

Oh. Anak saya tu hantu meggi.

Patut lah loading. Akan datang kene kurangkan lah.

Sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dan admin akan update di dalam blog ini sebagai sumbangan anda kepada usaha ini.

Wednesday, 5 September 2018

Kisah Semalam Satu Penilaian, Lari Dari Ajinomoto, Dapat Pula Kiub Pati

Kisah Semalam Satu Penilaian, Lari Dari Ajinomoto, Dapat Pula Kiub Pati

Semalam order makan di kedai makan dengan semua menu tanpa ajinomoto.

Namun semasa bangun pagi. Hidung tersumbat, terasa sedikit liat bangun pagi. Biasanya simptom ni berlaku selepas makan samada makan udang tanpa diurus masak cara yang betul ataupun makanan yang ditambah perisa dari kiub pati.

Minta tak letak ajinomoto, diletaknya perisa kiub pati yang juga mengandungi MSG (Monosodium Glutamate).

***

Sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dan admin akan update di dalam blog ini sebagai sumbangan anda kepada usaha ini.

Tuesday, 4 September 2018

Jumpa kawan-kawan baru yang sekepala.. no more ajonomoto

Jumpa kawan-kawan baru yang sekepala.. no more ajonomoto

Berkelana bersama ke Batu Pahat atas urusan dan mesyuarat mingguan kawasan.
Bukan abang long kawasan.
Hanya tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Berhenti makan, menu yang diorder:
1. Nasi goreng kampung + tanpa telur + tanpa ajinomoto.
2. Nasi goreng kampung + dengan telur + tanpa ajinomoto.
3. Lontong goreng + tanpa ajinomoto.
4. Mee hoon goreng + tanpa ajinomoto.

Makanan yang simple tapi mampu mengalas perut yang lapar. Yang paling penting tanpa ajinomoto.

Ditanya kenapa tak nak ajinomoto?
Katanya ada sesuatu dlm tu yg menyebabkan rasa pening, loya, mengantuk, lesu, liat nak bangun tidur dan lemah otak.

Sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dan admin akan update di dalam blog ini sebagai sumbangan anda kepada usaha ini.

Monday, 3 September 2018

This truck runs on biodiesel recycled from McDonald's used cooking oil

This truck runs on biodiesel recycled from McDonald's used cooking oil.

Recycled into biodiesel by fathopes energy


Di Indonesia, kini sudah dianggap sebagai peneraju dalam penggunaan biodiesel B20 yang mempunyai 20 peratus metil ester dan 80 peratus diesel.

Negara-negara seperti Argentina dan Colombia kini telah mengembangkan agenda biodiesel mereka dengan menggunakan B10. Di Perancis dan Brazil pula, mereka kini sudah menggunakan biodiesel B8.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga sedang berusaha memperkenalkan penggunaan biodiesel B10 iaitu campuran 10 peratus metil ester dan 90 peratus diesel.

Kenderaan-kenderaan enjin diesel di Malaysia kini menggunakan biodiesel B7, iaitu campuran tujuh peratus metil ester dan 93 peratus bahan api fosil. Peningkatan hanya tiga peratus penggunaan metil ester sawit.

Dalam enjin, sama ada petrol mahupun diesel, kotoran di dalam enjin merupakan punca kepada pengurangan prestasi dan kerosakkan.

Penggunaan biodiesel telah terbukti sebagai agen pembersih yang berkesan di dalam enjin, mampu meningkatkan jangka hayat enjin dan lebih mesra alam. Dalam pada masa yang sama, penggunaan minyak sawit juga dapat menyumbang kepada ekonomi negara.

Antara kelebihan-kelebihan biodiesel B10;
Lebih bersih
Kurang toksik
Mampu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan karbon monoksida
Mengurangkan pemanasan global
Mempunyai kandungan sulfur yang sangat rendah

Jika penggunaan biodiesel B10 ini dilaksanakan di seluruh negara, ia dianggarkan dapat membuang emisi daripada 100,000 kenderaan di atas jalan setiap tahun. Ia juga dapat mengurangkan 350,000kg sulfur di atmosfera setiap tahun sekaligus mengurangkan kesan hujan asid.

Sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dan admin akan update di dalam blog ini sebagai sumbangan anda kepada usaha ini.

Sunday, 2 September 2018

KFC Tak Pernah Kutuk McD

KFC tak pernah kutuk McDonald's. McDonald's tak pernah dengar mengata KFC. Tapi keduanya menjadi antara syarikat yang terunggul di dunia

Mercedes tidak pernah menghancurkan BMW. BMW tidak pernah memusnahkan Mercedes

Ferrari tak pernah kondem Lamborghini. Lamborghini juga tak pernah menjatuhkan Ferrari. Begitu juga Toyota dan Honda. Kereta jenama ni semua menjadi kereta yang terkenal di dunia

Kita tidak perlu memfitnah orang lain untuk menaikkan diri kita. Tak perlu memburukkan orang lain agar diri nak nampak bagus

Kita tidak perlu meletakkan diri kita di tempat tinggi moral untuk mengkritik orang lain dari semasa ke semasa

Menghormati lawan, menghormati rakan-rakan, dan saling membantu untuk mencapai satu sama lain

Kecemerlangan kita tidak akan dikekalkan dengan cara menghancurkan orang yang lain

Kesempurnaan terhasil dari muafakat, bukan dengan mencari perbezaan.

Sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dan admin akan update di dalam blog ini sebagai sumbangan anda kepada usaha ini.

Niat Tak Kesampaian

Niat tak kesampaian.

Lain niat nak buat lain pula dibuatnya.

Asalnya nak makan nasi pada waktu petang. Begitulah niat isteri ku. Kerana menyusukan anak, perlulah kerap makan. Petang itu pula ada sandwhich yang dibawa oleh pak cik ketika bertandang di rumah.

Daripada nak makan nasi tak jadi, maka makanlah satu keping sandwhich.

Sedia maklum sandwhich sardin memang kaya dengan perisa dan pengawet makanan.

Dipendekkan cerita, pada sebelah malamnya, mungkin disebabkan perut lapar kerana menyusu badan akan anak kerana niat nak makan nasi bertukar kepada makan sandwhich, kesannya pening kepala melanda.
Dua faktor berkumpul:
1. Perut lapar.
2. Kesan ajinomoto.

Sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dan admin akan update di dalam blog ini sebagai sumbangan anda kepada usaha ini.