Gambar sekadar hiasan
1. Bawa anak-anak jiran.
Alhamdulillah hampir setiap jumaat saya akan bawa anak-anak jiran ke masjid untuk menunaikan solat fardhu jumaat.
2. Kewajipan solat jumaat.
Menjadi kewajipan umat islam menunaikan solat jumaat. Bukan sahaja diri sendiri dapat solat, terlebih baik jika dapat ajak orang lain untuk tunaikan solat. Seminggu sekali je pun. Tak lama pulak tu. (tazkirah sikit... ).
3. Adik ni nak upsr.
Nak upsr kne rajin solat, belajar dan doa. Macam mana belajar di sekolah? Nampak mcm tak seimbang jawapan dia tu. Dah agak. Faktor penghalang.
4. Soalan cepumas.
Kat sekolah belajar ok? Mengantuk tak? Jawapannya hari² mengantuk. Sah. Faktor pemakanan berperisa.
5. Sebab dan akibat.
Mana datangnya mengantuk?
Tidur lewat? Penat? Bekerja? Pemalas?
Setiap manusia itu lahir dengan peluang yang sama. Semua boleh berjaya. Cuma ujian dan dugaannya berbeza-beza. Jika kita seorang pelajar, perkara yg paling penting sekali ialah otak. Jika otak sudah terhalang dari fokus untuk belajar dan sukar untuk memproses maklumat yg kompleks, bagaimana mahu menerima pelajaran dengan berkesan? Selalu mengantuk dan berasa lesu menjadi penghalang utama belajar jadi tidak menarik. Ini kerana, proses belajar memerlukan aktiviti otak untuk memproses, menganalisa dan menghadam isi pelajaran dengan teratur supaya proses input yang berkesan membantu proses output semasa menjawab soalan di dewan peperiksaan.
6. Bertubi-tubi.
Tahu tak, perisa makanan ni akan menyebabkan serangan secara halus kepada saraf menyebabkan beberapa gejala antaranya ialah mengantuk. Buat apa sedap di tekak rasa makanan dengan mengorbankan kebolehan anak-anak untuk belajar. Kesian kat awak, nampak cergas, tapi bila belajar je mengantuk. Mcm ne nak pandai.
7. Ingat pesanan ni.
Balik ni pesan pada emak ayah, jilka nak berjaya, jangan gunakan perisa yg ditambah ke dalam makanan. Tak kiralah apa jua bentuk perisa, ajinomoto, kiub pati, cukup rasa, sedap rasa, kicap dan sebagainya yang mengandungi monosodium glutamate MSG.
Sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dan admin akan update di dalam blog ini sebagai sumbangan anda kepada usaha ini.
No comments:
Post a Comment