Keluarga ini terselamat semasa memandu pulang dari percutian di Gunung Ledang.
1. Percutian yang tidak dirancang.
Satu hari menghantar adik belajar di kolej matrikulasi johor di tangkak, dalam keadaan tergesa-gesa balik dari batu pahat terus ke tangkak. Dalam keadaan belum mandi pagi sudah memandu 40km dari muar. Menjadi percutian ringkas tidak dirancang, akhirnya terus ke Air terjun gunung ledang, mandi-manda. Dalam keadaan tidak bawa bekal makanan. Selepas mandi rasa perut berkeroncong.
2. Beli makanan.
Maka dijadikan cerita, beli lah makanan luar. Bagi kebanyakan orang ia adalah kebiasaan. Bagi keluarga kami ia adalah jarang berlaku. Belian dibuat antaranya, keropok lekor, pisang goreng, cendawan goreng dan sebagainya.
3. Meloyakan.
Rasa meloyakan. Tak pasti makanan yg mana satu dimasukkan perisa makanan itu. Seperti dijangkakan, gejala ajomoto pasti berlaku.
4. Perjalanan pulang 80km. Perjalanan dari Gunung Ledang ke Labis Segamat. Terbayang bayang semasa menahan rasa mengantuk yg mana ajinomoto ni is a silent killer. Mana taknya, jika memandu dalam keadaan mengantuk terlelap beberapa saat, mengundang bahaya.
5. Menahan mengantuk.
Namun terus bertekad meneruskan juga perjalanan yg sepatutnya dapat bernti di mana-mana untuk release mana yg patut. Mahu sahaja dikejutkan ko-pilot driver teman berbual yg lebih dahulu lelapkan mata.
6. Terselamat dari kemalangan.
4 kali terlelap yg masih dapat dikawal. Syukur tak berlaku apa-apa.
7. Sampai terus tidur.
Lesu dan mengantuk tak terkata. Setiba waktu selepas asar. Terlelap hingga ke maghrib. Saya percaya, letih bukan kepalang bukan disebabkan memandu sejauh 120km tetapi disebabkan ajinomoto.
Sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dan admin akan update di dalam blog ini sebagai sumbangan anda kepada usaha ini.
No comments:
Post a Comment