Sunday, 21 October 2018

Kisah pakcik dan makcik laki bini

Gambar sekadar hiasan

Kisah pakcik dan makcik laki bini
Pak Cik Umur 60 berkahwin dengan Mak Cik Umur 50

Jumpa orang kampung sendiri di Batu Pahat. Hj Hussien (bukan nama sebenar) menceritakan bagaimana ajinomoto memberi kesan kepada kesihatan isterinya.

Haji, apa khabar? Baik alhamdulillah.
Mula lah bercerita pelbagai perkara, dan bertanyakan isteri beliau yang sudah uzur walaupun umurnya lebih muda darinya.

Sebelum ni ada juga nampak makcik pergi kerja. Menolong² tambah pendapatan. Sebelum kahwin dia memang bekerja. Dia suka kerja.

Tapi sekarang duduk rumah sahaja. Tak ke mana. Sudah uzur. Sakit itu ini. Sebelum ni memang nampak sihat. Lepas kahwin, beberapa tahun lepas tu sakit dah.

Tau tak macam mana dia sakit? Tanya pakcik.

Tak tahulah saya pakcik.

Makan luar. Makan luar ni tak sihat. Ialah duduk berdua, malas nak masak. Hari-hari makan luar. Akhirnya dapat macam-macam penyakit.

Kenyataan ini sangat tepat dengan 99% tempat makan di luar sana menggunakan penambah rasa MSG.

Pakcik tak dapat nak nyatakan secara khusus bagaimana ianya berlaku. Dapat macam-macam penyakit dan akhirnya aku menerangkan cerita-cerita berkaitan kesan buruk penggunaan ajinomoto lalu pakcik semakin yakin lah akan punca isterinya mendapat sakit disebabkan pengambilan makanan tak sihat.

Tapi pelik juga, tak kan makcik je yang sakit. Pakcik tak sakit? Tengok sihat je.
Pakcik pun membisikkan ke telinga ku akan rahsianya.

Sebenarnya, pakcik... (Akan bersambung, insyaAllah)

Tinggalkan komen anda berkaitan pengalaman-pengalaman berharga anda di ruangan bawah ini.

Saturday, 20 October 2018

Makan Nasi Ayam Dengan Tambahan Ajinomoto dan Kesannya Dalam 24 Jam


Makan nasi ayam dengan tambahan ajinomoto dan kesannya dalam 24 jam

Nasi ayam gem*s diorder. Makan anak beranak berselera. Hanya nak lihat kesannya pada tabiat diri dan keluarga.

Usai makan, perjalanan dari kedai makan ke kedai makan mengambil masa 30 minit. Memandu sendiri. Perjalana pulang yang sangat mencabar. Mengantuk memang terasa. Perjalanan singkat 30 minit diperhati apa kesannya pada diri dan keluarga.

Menguap lebih 10 kali (12 kali). Mengantuk, terpaksalah menahannya. Jangan belok kiri kanan kereta atau pun nanti terbabas dari landasan. Ke hospital jawabnya.

Anak-anak dah mula senyap. Isteri kata dah tidur semua. Padahal travel ringkas sahaja. Mungkkn kita akan gunakan alasan tadi bermain aktif di pasarraya berlari ke sana sini. Dari pagi ke petang tak tidur siang. Itu semua alasan.

Seperti yang dijangkakan anak-anak tidur patah tengkuk pun ada. Istilah ni digunakan sebab dalam pemerhatian aku, selepas pekena ajinomoto mesti tidur dalam keadaan lena teramat sangat dalam keadaan patah tengkuk lentok.

Sampai sahaja di rumah. Aku sebagai driver akan terus merebahkan diri di atas lantai lalu tidur. Istilahnya pengsan, terus tak sempat nak pegang handphone. Tidur awal.

Bangun tidur, pening, hidung tersumbat, mengantuk dan lesu serta fokus terganggu.

Isteri gagah-gagah juga tak tudur sepanjang perjalanan menemankan driver. Tapi akhirnya solat subuh selesai bagi salam. Berdoa sambil tersenggut-senggut mengantuk tidur di tikar sembahyang. Akhirnya.

Luar biasa penangan ajinomoto ni. Pergi kerja dan mula untuk membaca, mengantuk masih ada lagi. Baca banyak kali perenggan teks yang sama. Cuba untuk memahami supaya dapat menerangkan. Tapi tak semudah yang di sanngka. Ambil masa lebih lama untuk faham. Lebih 6 kali perenggan yang sama diulang baca tetapi gagal memamhami. Penangan ajinomoto...

Bagaimana ya anak-anak pelajar yang masih dibangku pelajarannya nak belajar ya jika kesannya macam ini?
Aku yang pantang ajinomoto pun dapat rasai kesannya dalam 24 jam (kebiasaanya dapat dibuktikan), apatah lagi jika di rumah pun menggunakan ajinomoto dalam masakan setiap hari! Ini kerana 99% tempat makan di luar menggunakan ajinomoto untuk mengurangkan penggunaan garam dalam masakan tanpa mengurangkan kualiti rasa masakan.

Tinggalkan komen anda berkaitan pengalaman-pengalaman berharga anda di ruangan bawah ini.

Monday, 8 October 2018

Ziarah Pesakit Strok

Ziarah Pesakit Strok



Gambar sekadar hiasan & Sumber gambar


Bagi salam, kelihatan pakcik yang terkena musibah serangan strok separuh badan jadi lumpuh. Sudah dua tahun berlalu terlantar sahaja di rumah.

Ziarah orang sakit ini antara hak yang perlu ditunaikan. Jika dekat saling ziarah menziarahi, jika jauh saling doa mendoa kesihatan dan kebaikan.

Sebelum ni pakcik seorang kaki masjid, selalu ke masjid dan suka solat berjemaah.
Namun sekarang tidak dapat lagi bergerak ke mana.

Nampak wajah suram memikirkan nasib. Hasil pencarian rezeki bergantung wang saraan kebajikan dan sumbangan orang ramai.

Ketika ziarah pakcik kelihatan anak bujang dan anak perempuannya bersin-bersin dan hidung gatal (Baca kesan msg kepada resdong dan hidung tersumbat).
Kalau ikut pengalaman saya, ia disebabkan  MSG (monosodium glutamate) daripada kiub pati perencah masakan.

Keluarganya memang pengguna tegar msg dalam masakan. Bak kata pakcik ni, makanan yang dijual di luar tidak sihat ada benarnya.

Kasihan melihat musibah yang berlaku, namun ada hikmahnya. Setiap amalan yang dilakukan semasa sihat dan jika tidak dapat dilakukan semasa sakit umpamanya solat berjemaah di masjid akan dikira juga sebagai ganjaran pahala. Selain malaikat akan sentiasa menziarahi orang yang ada masalah atau sakit tidak dapat berjemaah di masjid.

Saturday, 6 October 2018

Amaran Penting Bagi Siapa Yang Selalu Bangun Tidur Untuk Buang Air

Amaran penting bagi siapa yang selalu bangun tidur untuk buang air. Info dari YB Dr Daroyah Alwi:

“Saya nak kongsi tips yang sangat penting – bagi yang kerap terbangun dari tidur untuk ke tandas.”

Amalan Tiga kali (1/2)

Para pakar selalu berpesan:
Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x 1/2 minit.

Kenapa penting ?
3 x 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tetapi akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death). Kerap kali berlaku seorang individu yang siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal.

Selalu kita mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, kenapa tiba-tiba dia meninggal? Penyebabnya adalah ketika bangun malam utk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat. Sejurus kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah.

Kenapa “3 x 1/2 minit” amat penting?

Ini kerana pattern ECG .(Electro Cardiogram) seorang individu normal pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil. Iaitu, corak ECG itu boleh berubah.

Bilamana anda bangkit secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan oleh kekurangan darah. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan amalan “3 kali 1/2 minit” ini, iaitu:

Bila sahaja terbangun dari tidur, jangan terus turun dari katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit.Duduk di katil untuk tempoh 1/2 minit.Turunkan kaki, duduk di tepi katil untuk tempoh 1/2 minit.

Selepas 3 x 1/2 minit yg dilakukan secara percuma tanpa membayar sesen pun, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yang sering kita dengar. Pernah seorang tua menangis kesal kenapa beliau tidak mengetahui perkara ini dari dulu lagi setelah membaca pesanan ini.

2 tahun lalu dia bangun tengah malam untuk ke tandas, di bilik mandi tiba-tiba terasa dunia berpusing dan beliau terjatuh. Akibatnya dia sekarang mengalami lumpuh dan tak boleh bangun dari katil. Punggungnya mengalami luka-luka di kubitus. Seandainya dia mengetahui perkara ini lebih awal, beliau tdak seharusnya menderita seperti kini.

Kongsikan untuk orang yg kita sayang bagi menghindari perkara seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku tanpa mengira usia tua ataupun muda.