Monday, 8 October 2018

Ziarah Pesakit Strok

Ziarah Pesakit Strok



Gambar sekadar hiasan & Sumber gambar


Bagi salam, kelihatan pakcik yang terkena musibah serangan strok separuh badan jadi lumpuh. Sudah dua tahun berlalu terlantar sahaja di rumah.

Ziarah orang sakit ini antara hak yang perlu ditunaikan. Jika dekat saling ziarah menziarahi, jika jauh saling doa mendoa kesihatan dan kebaikan.

Sebelum ni pakcik seorang kaki masjid, selalu ke masjid dan suka solat berjemaah.
Namun sekarang tidak dapat lagi bergerak ke mana.

Nampak wajah suram memikirkan nasib. Hasil pencarian rezeki bergantung wang saraan kebajikan dan sumbangan orang ramai.

Ketika ziarah pakcik kelihatan anak bujang dan anak perempuannya bersin-bersin dan hidung gatal (Baca kesan msg kepada resdong dan hidung tersumbat).
Kalau ikut pengalaman saya, ia disebabkan  MSG (monosodium glutamate) daripada kiub pati perencah masakan.

Keluarganya memang pengguna tegar msg dalam masakan. Bak kata pakcik ni, makanan yang dijual di luar tidak sihat ada benarnya.

Kasihan melihat musibah yang berlaku, namun ada hikmahnya. Setiap amalan yang dilakukan semasa sihat dan jika tidak dapat dilakukan semasa sakit umpamanya solat berjemaah di masjid akan dikira juga sebagai ganjaran pahala. Selain malaikat akan sentiasa menziarahi orang yang ada masalah atau sakit tidak dapat berjemaah di masjid.

No comments:

Post a Comment