Monday, 5 November 2018

1 lawan 12. Siapa menang?


1 lawan 12. Siapa menang?

Ramai dikalangan kita yang menganggap makan banyak adalah penyebab mengantuk. Saya fikir, ia adalah anggapan sebilangan besar orang daripada kita.

Sebenarnya, makan banyak bukanlah penyebab rasa mengantuk...

Dan puncanya ialah MSG.

Kenapa saya menyatakan demikian?

Pada suatu hari, saya makan banyak iaitu sebanyak dua pinggan nasi lauk tengahari tanpa MSG. Lauk masak sendiri homemade lebih terjamin.

Selepas habis makan banyak, terus memandu pada jam 1.30 tengahari sejauh 30km. Rasa mengantuk tiada dan hanya menguap sebanyak 1 kali.

Berbanding dengan makan di kedai nasi ayam ge**s 2 di Segamat (ini kisahnya) dan pulang pada jam 9 malam memandu pulang sejauh 30km juga dalam keadaan satu keluarga saya sudah "pengsan" dan saya menahan tidur sambil memandu dan menguap sebanyak 12 kali.

Kesimpulannya di sini, jika nak dibandingkan memandu sejauh 30km pada waktu "peak" tengahhari dan pada jam 9 malam dengan 1 berbalas 12 bukan mainan. Makan banyak tanpa MSG berbanding makan sedikit tapi dengan MSG perlu diambil perhatian berkaitan makan banyak bukan penentu rasa mengantuk melainkan disebabkan MSG.

Ada sesuatu yang perlu dikaji lagi kerana ini adalah MSG.

Tinggalkan komen anda berkaitan pengalaman-pengalaman berharga anda di ruangan bawah ini.

No comments:

Post a Comment