Sunday, 25 November 2018

Mee Segera Makanan Ruji Orang Indonesia

Gambar dari carian google

Mee Segera Makanan Ruji Orang Indonesia.

Sewaktu melancong ke indonesia sepanjang beberapa kali bertandang ke sini ada satu perkara yang menarik perhatian aku.

2009 ke Padang, Sumatera.
2012 ke Madura, Jawa Timur.
2018 ke Surabaya, Jawa Timur.

Dapat disimpulkan, menu ruji masyarakat indonesia kebanyakannya adalah mee segera. Suka megi lah senang cakap dengan brand mee segera yang pelbagai.

Baik yang kaya mahupun sederhana dan susah hidupnya, mee segera sudah sebati dengan kehidupan masyarakat Indonesia.

Erm... Apa agaknya kesan apabila makan mee segera disebabkan perencahnya ada kandungan MSG ajinomoto?

Pernah sekali, eksperimen atas diri sendiri. Selama 5 hari ujikaji makan meggi (yang dijalankan di Malaysia).
Pagi sarapan meggi rebus tambah telur.
Tengag hari meggi rebus sebagai lauk makan dengan nasi.
Malam pula meggi goreng.

Rasa sedap memang sedap, namun, kesannya pada hari-hari dengan meggi, menjalani kehidupan dengan sukar sekali.
Sukar berfikir. Otak sentiasa loading.
Jika membaca perlu ulang beberapa kali untuk faham isi teks itu. Mengantuk jangan dicerita, bukan kepalang. Bangun pagi dari tidur malam yang selalu terlajak.

Bagaimana pula kesan terhadap masyarakat dalam volume yang besar dan apa kesannya kepada sesebuah negara?

ps: artikel ini ditulis semasa penulis berada di Surabaya.


Tinggalkan komen anda berkaitan pengalaman-pengalaman berharga anda di ruangan bawah ini.

No comments:

Post a Comment